Pages

~Sentuhan Awal Ramadhan~





Tuhanku..
Biarpun berkali-kali sakit itu datang bertandang
Biar jasad dan raga ini hancur dan hilang
Tetapi tidak rohku
Hati ini ingin sentiasa basah menyebut asma-Mu
Jiwa ini ingin sentiasa hidup dengan mengingati-Mu
Tetapi ternyata ia juga hampa
Ibarat tin yang kosong
Ditinggalkan sepi, berkarat
Begitukah hatiku?

Oh tuhanku!
Jangan pernah tinggalkan hamba sendirian
Walaupun cuma sekadar sekelip mata
Kerana hamba tidak bisa hidup tanpaMu
Hamba akan mati meskipun belum mati
Andai hati mati dari empunya diri

Kasihi dan kasihanilah hamba
Jangan diuji dengan ujian yang berat
Yang tidak mampu hamba memikulnya
Yang melalaikan hamba dariMu
Yang menjauhkan hamba dariMu

Maka hamba minta lindung dariMu Ya Rabbi
Lindungilah diri ini daripada azab api neraka
Yang tidak terlihat oleh mata
Tetapi ternanti di akhirat sana
Sungguh hamba ingin kembali dengan qalbun salim
Ampuni dan redhailah

Semoga Engkau tidak pernah jemu
Untuk mencintaiku apa adanya
Dan semoga ku terus kuat bertahan
Untuk terus setia mencintaiMu
Meskipun selalu tak ku setia
Namun sentiasa berharap padaMu
Hingga hujung nyawa….



~Hikmatul Islam~
~23072012~
~3ramadhan1433~
~isnin~




reade more... Résuméabuiyad