Pages

Showing posts with label Ukhuwah Fillah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah Fillah. Show all posts

* Ukhuwah Al-Asr *





(Ukhuwah Fillah ^^ Ukhuwah Al-Asr)


Bismillahirrahmanirrahim…


Lagi cerita tentang ukhuwah.

Mula-mula ku menulis dalam blog hikmatul islam ini, penuh ku postkan entry berkisar tentang ukhuwah. Pernah merasa manisnya berukhuwah dan pernah jua merasai peritnya berteman.

Terimbau seketika kisah suka duka dengan seorang sahabat rapat. Tersimpan kemas di lipatan memori ingatan. Lalu ku biarkan ia berada di memori itu sejak sekian lama.

Mungkin ku masih terkesan dengan ‘perpisahan’ ukhuwah dari seorang teman teramat akrab denganku itu, kemudian Allah ‘mengambil’ kembali daripadaku.

Hati diserbu seribu rasa, lalu bersatu menjadi satu tatkala mengenang kembali kisah ukhuwah itu. Namun, tidak ingin ku berlama-lama mengingatinya, biarkanlah kisah itu berlalu. Berlalu dengan larian waktu…

Ingin ku tinggalkan memori silam itu kerana memori itu tetap akan tinggal sebagai memori kenangan. Yang pasti teman sentiasa akan datang dan pergi dalam hidup ini.

Akan bertukar silih berganti kerana ukhuwah fillah itu bukan bermaksud ia harus sentiasa di sisi. Tetapi ia dibina kerana Allah, bertemu kerana Allah, dan akan berpisah jua kerana allah.

Masing-masing akan bergerak menuju ke destinasi abadi. Kerana itu, di sepanjang jalan kehidupan Allah mempertemukan kita dengan pelbagai jenis insan sebelum kita sampai kelak ke terminal penghujung kehidupan.
                                                                                                           
Ada yang datang singgah sekejap di tengah-tengah perjalanan, ada juga yang lama menemani kita berjalan tetapi hakikatnya tetap akan terpisah di hujung perjalanan.

Destinasi masih sama, tetapi hakikatnya kita semua melalui jalan yang berbeza-beza.



(destinasi yang sama: mari menuju jalan ke syurga-Nya!)


Tidak pernah sesekali ku nafikan bahawa ukhuwah fillah itu indah.

Indah seperti apa?

Seperti mentari yang muncul menyinari?
Seperti pelangi yang mewarnai?
Seperti cahaya yang menerangi diri?

Sesungguhnya,                 
Tiada kalam yang mampu mentafsirkan.
Tiada bahasa yang mampu diungkapkan.
Tiada perkataan tepat yang mampu diluahkan.
Semuanya perlu dirasai sendiri.

Ya. Perlu hati sendiri yang merasai. Merasai manisnya rasa ‘halawatul iman’ dalam berteman. Hanya diberikan untuk orang-orang yang beriman, yang saling berkasih sayang cuma kerana Tuhan.

Ukhuwah fillah. Sepatah kata yang cukup ringkas, tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Dibina kerana Allah. Bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah.

Lebih ku sukai untuk namakan ukhuwah fillah ini dengan nama, ‘Ukhuwah Al-Asr’. Dipetik dari surah Al-Asr yang bermaksud:


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal soleh, yang saling berpesan kepada kebenaran dan saling berpesan kepada kesabaran.”


Subhanallah…cukup ringkas, cuma tiga ayat tetapi mempunyai maksud yang cukup indah.

Benar, manusia itu rugi, andai dia tidak memanfaatkan waktunya dengan sebaik mungkin. Begitu juga dalam tema ukhuwah, waktu kita bersama dengan teman akan berlalu begitu sahaja andai kita tidak mengindahkan dengan ajakan untuk beriman dan beramal soleh.

Sama-sama ingin memperbaiki dan menegur diri kepada kebaikan, yang sama-sama ingin berpesan kepada kebenaran dan saling berpesan kepada kesabaran. Itulah intipati sebenar ukhuwah fillah. Terisi indah niat yang tulus kerana Allah.

Kerana ia hanya inginkan redhaNya semata-mata. Tidak untuk kepentingan diri. Jauh sekali kerana kepentingan duniawi. Tiada hasad dengki, tiada sengketa dan aniaya. Yang ada hanyalah bahagia berteman dengannya.

Ukhuwah Al-Asr juga membuatkan kita semakin kenal dengan Pencipta. Membuatkan kita semakin menginsafi diri dari fatamorgana dunia. Ingin sama-sama berlumba mengerjakan kebajikan dan menjauhi semua larangan Tuhan.

Sedarilah, teman yang baik menegur bukan kerana membenci, tetapi dia menegur kerana sangat menyayangi diri. Teman yang baik akan benci melihat kejahatan dan keburukan yang kita lakukan, dia tidak tega melihat kita bergelumang dalam lumpur kemaksiatan.

Kerana berdasarkan ukhuwah al-asr itulah dia ingin melihat sahabatnya sentiasa suci dan bersih dari aib, kesilapan dan keburukan, ingin diri sentiasa kembali pulang dan dekat dengan yang Esa. Sungguh-sungguh dia berpesan kepada kebenaran ajaran Islam, dan berpesan-pesan lagi atas kesabaran menghadapi kerenah sesama insan.

Saling menasihatkan. Saling mendoakan. Tanpa jemu tanpa henti. Ikhlas di hati kerana apa? Kerana teman yang soleh ingin kita sama-sama masuk ke syurga. Dia tidak rela dan tidak sanggup melihat kita berjalan menuju kepada neraka.

Beleklah kembali kisah sirah para sahabat Baginda saw yang terdahulu. Mereka sanggup bergadai nyawa dan berkorban apa jua demi sahabat. Kerana keimanan mereka yang teguh, yang saling berkasih sayang untuk meraih cinta dan redha Rabbul Izzati.

Rasulullah saw bersabda:

“Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa serta kasih sayang kepada sesama muslim”



 (Ku kasihi kalian kerana Allah...)


Ukhuwah di alam nyata ternyata sangat indah dan membahagiakan. Memandang wajah sahabat dengan penuh kasih sayang, sudah cukup membuahkan pahala dan mengukuhkan lagi keimanan.

Apatah lagi bertambah uniknya ukhuwah yang Allah pertemukan dalam dunia maya, yang kini tiada sempadan. Jaringan ukhuwah bertambah luas andai teknologi itu dimanfaatkan.

Alhamdulillah, ku bersyukur sekali dengan anugerah ukhuwah yang tiada taranilaiannya. Allah titipkan daku mengenali teman-teman yang solehah dan muslihah. Tanpa dirancang, tanpa dipinta Allah mempertautkan hati-hati kami di alam maya dan dipertemukan pula di alam nyata.

Mengertilah diri, bahawa kehadiran mereka adalah anugerah yang cukup berharga. Mengajar tentang erti hidup sementara dalam kembara mencari redha yang Maha Esa. Persis mutiara ukhuwah yang bergemerlapan di permata iman.

Hamdan Lillah tsumma Syukru Ilallah. Ku ingin sentiasa bersyukur dan menjadi hamba yang bersyukur.  Akhir kata, semoga tinta yang secebis ini bisa menjadi bukti syukurku kepadaMu Rabbi dan menjadi saksi cintaku kepada semua sahabat-sahabatku. Insya allah…


Ya Allah,
tika Kau hadiahkanku sahabat,
kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu
kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku
kau jadikanlah kami saling menghargai keranaMu

Ya Rabbi,
tika Kau hadiahkanku sahabat
kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku
saling memikul beban dakwah agamaMu
saling berjuang meninggikan deenMu
menjadi daieyah dan murabbiyah ummah
merawat dan mengislah ummat yg kian lelah

Ya Rabbul Izzati,
tika Kau hadiahkanku sahabat,
kau jadikanlah hubungan yang disemai ini atas redhaMu
teguhkannya di atas satu cinta kepadaMu
dilindungi dari hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu
dipagari dari berbuat kemungkaran dan kemaksiatan
saling menasihati kepada kebenaran
saling berpesan dengan kesabaran
sama-sama berlari mengejar redhaMu Ilahi

Terima kasih Tuhan
kerana mempertemukan daku dengan
insan-insan yang mencintai Al-quran
yang menjadikan As-sunnah sebagai landasan
hanya Engkaulah sandaranku
dalam memelihara mereka
yang menjadi kekuatan dalam madrasah kehidupanku ini                               

Ya Allah
bahagiakanlah hatiku
dan seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu..!





((Dedikasi special untuk :))

sahabat alam nyata: aishah, aya, yah, yusra, k.syah, k.nurul, k.suzi, k.tiemah, ainaasyahira, anne , ain, tie, asilah, amnah, cikine, sofia.
                                                                                                                                            
~terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ini yang selalu mengajarku erti sebuah senyuman kebahagiaan~ =)

sahabat alam maya: ukhti Reidha Hayati, Shy mushah, Fara Rusli, Aisha  Rash, Nur Amira Aqila, Safa Marwah, ukhti Al-Hijrah Solehah, Syafiqah Rahmat, Mahu Berubah, ukhti Dr. Siti Rahayu dan Dr. Aini.

~ku bertuah mengenali kalian umpama kerlipan bintang di tengah malam, datang menyinari hati yang kelam~ ^^,

murabbiah: kak nik, k.eijah dan k.erni

~kalian pendidik terbaik buat diri ini untukku terus kuat berada di atas landasan perjuangan, syukran ukhti atas segalanya~ :')


* Juga untuk semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini: rakan-rakan fb, ahli bait barokah, adik-adik usrah dan teman-teman seperjuangan. Tak tersebut nama semuanya..  Sungguh, ku bersyukur padaMu ya Tuhan atas anugerah nikmatMu. Doaku satu, semoga dihimpunkan kami semua kelak di dalam syurgaMu…amin *



~Cuma ingin redhaMu~

: hikmatul-islam
: 26052012
: 0800pm
reade more... Résuméabuiyad

Diari Hikmatul: "Kerana Itu Takdir-Nya..."





Kedinginan pagi membaluti tubuh. Sedingin rasa yang membaluti hati dan jiwa.


Saat ini…pilu menggayuti tangkai hati apabila teringat-ingat segala peristiwa yang berlaku.


Disulami pula oleh kehadiran bait-bait kenangan. Datang satu persatu. Seakan sebuah episode yang menayangkan satu persatu cerita.


Cerita suka dan duka antara aku dan dia. Kemudian cerita itu pun berakhir. Menjadi sebuah kisah yang lengkap.


Seperti cerita filem dan drama. Beratus-rastu episode pun, ia mesti berakhir. Samada pengakhirannya hepy ending o sad story, tetap akan berakhir.


Dan pengakhiran ceritaku dengannya berakhir dengan sebuah cerita syahdu…


Dalam sendu dan tawa. Dalam gembira dan air mata. Allah telah melengkapkan cerita ini. Kisah aku dan dia. Abadi menjadi lipatan sejarah hidup.


Cerita yang Allah titipkan di pertengahan perjalanan dalam musafir yang panjang.


Cerita menjadi takdir. Sebuah takdir yang DIA mereka ciptakan cerita, kemudian melengkapkan untuk kami.



“Setiap permulaan pastinya ada pengakhiran. Setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan. Itu sudah lumrah. Jika tidak mahu mengimaninya, terserah. Jika tidak dapat menerima hakikatnya, jangan sampai iman itu menjadi parah.”



Kata-kata itu bukan untuk sesiapa, tetapi ia untukku. Biar diri lama termenung, berfikir dan bermuhasabah panjang.


Kenangan datang lagi. Terbayang-bayang di mata. Sungguh… ia sangat sukar untuk dihapuskan.


Tidak. Ku tidak berhajat untuk memadamkannya. Biarkan kenangan itu terus bergulir kerana kini ku hanya punyai kenangan itu. Sekurang-kurangnya, ku masih ada kenangan itu bersamanya.


Biarpun kini jasadnya sudah terpisah dengan jasadku, jauh dan kian jauh. Sepi dan kian sepi. Namun kenangan tidak mungkin akan terpisah dari diari hidup kami.


Terkenang-kenang lagi. Saat indah bersamanya, mana mungkin akan ia luput? Berteman. Siapa yang tidak ingin berteman dengan sejati? Kekal abadi hingga jannah Ilahi.


Tuhan…mana mungkin layak untuk ke syurgaMu, dengan keadaan diri yang penuh hina dan dosa. Namun, apabila teringatkan janjiMu, orang yang saling berkasih sayang kerana-Mu antara golongan yang akan duduk di bawah arasy-Mu kelak. Siapa yang tidak mahu?


Dan itulah yang didamba. Berukhuwah hingga ke syurga. Namun, ia bukan semudah yang dikata. Sekali lagi ku baca dan renung sepatah ayat ini dalam-dalam.



“Berukhuwah hingga ke syurga”



Saat membaca kembali entry-entry lama yang ku postkan mengenai ukhuwah. Ya, coretan-coretan kata yang aku abadikan selama berukuhwah dengannya. Semua bait-bait yang terlakar itu sebenarnya kisah antara aku dan dia.

Air mata merembes kian deras di saat ku buka kembali artikel yang bertajuk; “Sahabat, ku ingin masuk syurga bersamamu.!”


Allahu…benar-benar  ku tulis tulisan itu dengan hatiku begitu kuat melekat padanya. Benar-benar inginku masuk syurga bersamanya. Bukan sekadar omongan kosong. Tetapi itulah yang lahir tulus dari hatiku, dan mungkin hatinya jua.


Teringat satu lagi impian yang ku ukir janji dengannya. Janji kami bersama. Terpatri semasa bulan yang mulia, ramadhan yang lalu menjadi saksinya.


Hari pertama berpuasa. Ku luahkan impian hatiku yang tersulam sekian lama.


“Ukhti, adik mahu kita pergi umrah bersama-sama. Suatu hari nanti, sebelum adik menutup mata. Ingin sekali pergi untuk kita sujud di sana, di hadapanNya sebagai tanda syukur kepadaNya di atas anugerah ukhuwah yang DIA berikan ini. ”


Kemudian, kenangan itu terhenti tiba-tiba. Kembali tersedar.

Kini impian itu cuma tinggal kenangan. Dan mungkin akan berkubur sepanjang zaman.


Tidak semua mampu membawa ukhuwah hingga ke syurgaNya. Kerana pastilah ada seribu hadangan yang perlu dilalui. Cerita kami juga, punya ujianNya.


2 tahun kami menyulam ukhuwah ini. Ku akui, sememangnya tidak pernah sepi dari dugaan melanda.

Insaf. Ujian itu tanda kasihNya. Penguat sebuah hubungan. Selama ini kami meniti, menitinya bersama dengan hati-hati.


Namun, di akhir cerita, kami tidak mampu lagi. Dan akulah yang menjadi paling lemah. Terduduk diam sepi tanpa dapat berkata-kata lagi...


Sakitnya sebuah hakikat kebenaran, tidak terperi sakitnya jika dibandingkan dengan sakit jasmaniku. Mengoyak-goyak rasa hati.


Menangis-nangis mengenangkan semuanya. Sakit di dada kian berdenyut-denyut, tapi tidak lagi diendahkan. Saat itu cuma ingin menangis semahunya.


Terasa hampa dan kecewa. Saat itu, terlalu kecewa, mungkin.


Tidak sangka. Sungguh ku tidak pernah menyangka. Tidak pernah terfikir di benak fikiran apatah lagi terlintas di hati apabila mengetahui semua ini. Ku jadi terpana seketika.


Allahu allah… dalam hati cuma mampu menyebut asma-Nya kemudian beristighfar panjang…


“Kenapa sanggup buat seperti ini? Kenapa?? kenapa harus seperti ini?”

Saat itu juga terasa kejujuran dikhianati. Keikhlasan terasa hilang berlari pergi.


“Di balik kebaikan-kebaikan yang tersusun selama ini, apakah punya niat tersembunyi? Inikah yang dimaksudkan dengan kasih sayang, terlalu sayang sehingga mengambil kesempatan?”


Kta-kata itu bukan ditujukan buatmu. Tidak tahu buat siapa sebenarnya...


Sungguh, hati tidak mampu menjawab semua pertanyaan itu. Cuma akal terus-terusan ingin melontarkan perosalan-persoalan tersebut meskipn akal tahu hati tidak mampu memberikan sebuah jawapan.


Hati menangis hiba. Berlagu kian pilu.


Kini sudah hampir sebulan kami terpisah. Tiada lagi mesej bertanyakan khabar tiap-tipa hari seperti dulu. Tiada lagi call yang dapat ku dengar gemersik suaranya yang merdu.


Sepi. Kian menyepi. Dan akulah yang menyepikan diri. Mungkin lebih baik begini.


Sebulan ku bermuhasabah. Sebulan jua ku ambil masa untuk membaluti segala rasa hati. Ku renungi semula setiap cerita. Ku amatinya kembali.


Tuhan…Dia tidak salah. Meskipun telah ternampak kesalahan tersebut, namun dia tidak salah. Kerana dia cuma manusia biasa. Sama seperti aku, yang juga punya banyak kesalahan. Mungkin lebih banyak lagi kesalahanku di hadapanMu berbanding dengan dirinya.

Tiada siapa yang bersalah. Ku ingin imani, semuanya telah Engkau takdirkan begini. Kerana kami pun tidak pernah minta seperti ini.


Walaupun setiap hari kami berdoa untuk dikekalkan ukhuwah ini. Namun, kerana Engkau telah menghendaki kami berpisah, tetap akan berpisah jua...


Ku akur. Ku ingin pasrah di atas segalanya. Ku ingin maafkan dia seikhlas hatiku, semampu ku. Maafkan hamba kerana hamba juga cuma insan biasa. Yang punyai rasa kecewa dan hampa. Tetapi ku tidak ingin terus larut dan hanyut dalam perasaan itu.


Walau apapun yang telah berlaku, walau apapun yang telah terjadi antara kami, walau apapun Tuhan, ku ingin sentiasa memaafkannya. Sebesar apapun kesalahannya, walau bagaimana besar pun luka yang ditoreh, ku ingin memaafkannya dengan sepenuh hatiku. Seikhlas mungkin.


“Tuhan. Jika Engkau lagi Maha Pemaaf, pinjamkanlah daku sedikit kemaafaan itu. Agar dengan memaafkannya, bisa terampun segala dosa-dosaku. Kerana dia juga manusia yang tidak sempurna. Aku juga sama. Tiada yang sempurna melainkan Engkau Ya Khalik.


Ku ingin ikhlas. Ku ingin redha dengan segala yang berlaku. Berikanlah daku keikhlasan dan keredhaan itu Rabbi. Agar dengannya, dapat pula ku raih redha dan cintaMu.


Ku tidak sesekali ingin membencinya setelah apa yang terjadi, jauh pula ingin bermusuhan. Tidak. Tidak pernah hadir pun perasaan itu walaupun sedikit.


Kerana…jauh di sudut hatiku teman…ketahuilah,, ku amat menyayangimu kerana ALLAH. Hanya Cuma kerana ALLAH.


Oleh kerana rasa itu ku sandarkan sejak dari dulu lagi keranaNya, maka ku akan tetap menyayangimu. Dahulu, kini dan selamanya. Ku letakkan ia senyap-senyap jauh di sudut hatiku.


Biarpun ungkapan itu tidak lagi dapat terungkap dengan lisan seperti dahulu, tetapi kini ku abadikan ungkapan itu dalam sujud doaku pada Tuhan.









Sesungguhnya…

Ku menyulam dan mengulang cerita ini bukan untuk diminta simpati, jauh sekali untuk mencaci-caci dan bukan pula sekadar luahan dan keluhan rasa hati yang menjadi bebanan pula kepada orang yang mendengarnya.


Tetapi, niatku cuma satu. Ingin semua yang setelah tamat membaca cebisan kisah ini, mengambilnya sebagai satu iktibar dan renungan.


Benarlah, memaafkan bukan suatu perkara yang mudah. Sangat menyulitkan jika tidak dilandasi dengan keimanan.


Tetapi didiklah hati. Didiklah iman, didiklah ia menjadi bunga-bunga takwa, sehingga merimbun menjadi rimbunan redha.


Memaafkan dengan ikhlas. Tak semua orang mampu buat. Tak semua orang benar-benar dapat memaafkan dengan seeikhlas dan setulus-tulus hati.


Kerana ada yang memaafkan cuma dengan bibir mulut, bukan dengan hati. Selepas memaafkan, masih terus menyebut.


Subhanallah…sukar…sangat sukar…terkadang, ku juga sama… kerana rasa tidak tertahan rasa pedih dan kecewa, diluahkan juga kepada manusia. Diadukan juga pada makhluk-Nya.


Namun, kemudian kembali tersedar, DIA yang mentakdirkan segala-galanya. DIA yang membuatkan cerita kami menjadi sedemikian rupa.


Jika Nabi bisa memaafkan, kenapa tidak kita? Yang Cuma insan hina yang juga banyak khilaf dan dosa. Lihatlah Nabi. Tetap tersenyum bila dicaci. Tetap memaafi meskipun disakiti. Semuanya dimaafkan dengan seikhlas hati.


Dan jika ini kisah saya dan dia, mestilah setiap dari kita punya cerita yang berbeza-beza bila berteman.


Saya akui, untuk bertemu dengan sahabat sejati amat sukar sekali. Bukan mudah. Tidak semua orang bisa memiliki sahabat sejati. Tetapi, sekurang-kurangnya saya sudah pernah memilikinya. Pernah berteman sejati dengannya.


Alhamdulillah, saya bersyukur sebenarnya. Kerana dia pernah membahagiakan saya. Pernah membuatkan saya berasa menjadi orang yang cukup bertuah punyai teman yang sangat menyayangi diri ini. Masa itu. Suatu ketika dahulu.


Kak! Gelaran adik kecik tetap akan bersemi sehingga hujung nafas ini…


Bersyukur dan amat bersyukur sebenarnya di atas semua yang terjadi ini. Kerana sebenarnya Tuhan ingin mentarbiyah diri.


Bermuhasabah kembali. Mungkin ada kelalaian dan kealpaan kami semasa berukhuwah sehingga ALLAH menjadi cemburu.


Ya, mungkin ALLAH cemburu. Kerana kasih sayang seperti apapun di antara makhluk, jangan sesekali kita terlupa bahawa kasih sayang kepada Sang Pencipta harus sentiasa diletakkan yang paling utama. Paling teratas di antara apapun.


Dan mungkin selama ini kami telah terlebih kasih sehingga diuji dengan perpisahan ini. Mungkin juga pernah menjadi terlalai seketika dariNya. Semuanya mungkin.


Tuhan, Ku ingin mengerti. Tidaklah Engkau menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia, melainkan pasti ada hikmah di sisiMu.


Apa hikmahnya?? Meskipun hati tidak mampu menjawab, tetapi ku tahu suatu hari nanti Kau pasti akan singkapkan semuanya.


Pasti ada kebaikan. Meskipun ternampak buruk. Pasti ada kebaikan, meskipun di mata manusia ternampak cela. Kerana rahsia itu, hanya Engkau yang Maha Tahu, ku cuma hamba yang sangat terbatas pengetahuan tentangnya.


Tuhan.. kerana takdirMu kami berpisah. Dan ku pohon, moga dengan takdirMu jua kami bertemu dan bersama kembali. Bukan lagi di sini. Bukan lagi di dunia yang penuh kepura-puraan ini. Tetapi di sana. Di sana. Di syurga sana.


Moga di sana nanti, tiada lagi rasa hampa dan kecewa, tiada lagi duka dan nestapa, tiada lagi luka dan air mata, yang ada bahagia cuma.


Semoga…semoga..dan semoga…ku cuma ingin doakan yang baik-baik sahaja kepadanya. Lantas ku aminkan ia dalam raup doaku di keheningan pagi ini.



Dengan apa yang terjadi, lama mata terpejam bermuhasabah panjang… subhanallah…lama kelamaan, semakin terasa agungnya kuasaMu Tuhan…



Berakhir kisah kami dengan sebaik-baik jalinan cerita dari-Nya. Meskipun mungkin ia boleh dikatakan ‘sad ending’…

Dan buat yang terakhirnya;


“Maafkan daku teman. Kerana kita tidak mungkin lagi dapat bersama seperti dahulu. Maafkan daku.

Bukan ku tidak ingin memberimu peluang itu, tetapi sudah tiada lagi peluang itu buat kita.

Selama ini, DIA telah bagi kita banyak peluang sebenarnya. Dan ku telah bersyukur di atas peluang-peluang yang diberikan itu.

Tapi kini, kita sememangnya harus berpisah. Jangan disoal lagi kenapa.?

Jawapanku,, Kerana itu takdir-Nya…” :’(



Kadang-kadang...
Allah sengaja mentakdirkan kita berpisah setelah DIA menemukan kita...
kerana di sebalik perpisahan itu ada erti kesabaran dan semakin bertambahnya simpulan kasih sayang dalam diam...
meskipun tidak terzahir dengan mata, tetapi DIA Maha Mengetahui segalanya.Belajarlah untuk pasrah kepadaNya. Kerana jika iman menyakini, pasti akan ada yang terbaik masa depan nanti yang disediakan buat kita sebagai hambaNya...yakinilah...


“Katakanlah, ‘Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH bagi kami. DIA lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH orang-orang beriman harus bertawakkal’.” (At-Taubah: 51)




Diari Catatan:

~Cuma ingin redhaMu Rabbi~

: Hikmatul Islam
: 22112011
: 0500 a.m
reade more... Résuméabuiyad

‘Sebuah Ukhuwwah Fillah’: Hanya Pada-MU ku berserah…





Angin malam terasa dingin menyapa…lidah menjadi kelu…membiarkan hati berbicara sendiri…

Biarkanlah ia terus berbicara, kerana menyedari ada yang ingin mendengar bicara itu… yang sentiasa ingin mendengar omongan hati itu…

Sebak dan pilu...terus memenuhi ruangan jendela hati…mengetuk seribu rasa di sanubari..memecahkan segala rasa…menggamit segala duka…

Hati besar menangis…manakala hati kecil berzikir hiba…

Mata dipejam rapat, namun air jernih tetap bergenang di tubir mata…setitis dan setitis ia mengalir perlahan, bagaikan embun menitis di kala pagi…mengharapkan kejernihan di hujung rasa...

Bila memori terlakar semula, ibarat sebuah skrin melayarkan cerita…satu persatu kesalahan terbentang di hadapan mata…semakin meragut sebuah rasa…

Sepi….kian tenggelam dalam sebuah renungan…Ku amati semula kisah semalam…

Betapa hebat badai melanda, menduga sebuah keteguhan dalam persaudaraan… betapa ku telah tersilap perkiraan, dalam kebingungan ku telah mengakibatkan kesilapan yang sangat sukar untuk dilupakan…

Masa itu ku fikir ia menjadi jalan penyelesaian, tidak tersangka pula ia melakarkan kedukaan yang mendalam…Rasa bersalah kian menyesakkan dada…menyempitkan fikiran dan membuatkan seakan dunia menjadi gelap seketika….

Rasa hati tidak tertahan lagi…lantas mendambakan sujud…air jernih itu terus tumpah….tanpa sedar kian membasahi sejadah…lalu tangan diangkat, menadah sebuah ampun dan maghfirah…ku ingin bertafakkur…menyerahkan jiwaku seluruhnya padaMu…

Air mata kian lebat menuruni pipi… selebat hujan yang melanda taman ukhuwah ini…Terus membiarkan ia mengalir tanpa henti… moga menjadi kaffarah pada semua dosa-dosa diri….

Hati mula bermonolog sendiri… pertanyaan demi pertanyaan terus menyoal di benak fikiran…kenapa harus jadi begini? Sedangkan hati tidak pernah mengingini??

Ku ingin melakar pelangi,, namun tanpa sedar hujan turun lebat menghilangkan seri pelangi…

Ya Allah…hambaMu ini telah melakukan kesalahan dan dosa…telah menggores luka yang sangat dalam di hatinya, masihkan ada ruang untuk ku ubati luka itu..??

Ku bersimpuh di hadapanMu...dengan wajah yang tertunduk…Wahai yang Maha Mendengar dn Melihat semua rintihan hamba dan kerisauan hati ini…Biarlah malam ini hanya bersaksikan-Mu…

Kerana ku tidak termampu lagi untuk melakarkan kata-kata kepada dirinya…ternyata dia tersangat kecewa dengan diriku…Dan sungguh…aku teramat kecewa dengan diriku sendiri sehingga menata kata dusta yang tidak terniat untuk ku lakukan padanya…






Ya Allah…dengarilah rintihan hatiku ini…jangan biarkan ku sendiri…jangan biarkan ku terus lemah begini…sungguh hamba tidak kuat...izinkan hamba bersandar padaMu…bersandar pada secebis kudratMu...

Sungguh ku merasa kesal dan sangat menyesal dengan apa yang telah ku lakukan itu….sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya…Maha Mengetahui rasa yang bergelodak di dalam hati ini…

Tidak terniat di hatiku…ku tidak ingin begini tetapi kami jadi juga seperti ini??

Pandangan kian redup, alis mata tertutup dengan kelebatan air mata yang kian menghujan…

ku menangis minta ingin kuat Ya Rabb…kuatkanlah..sesungguhnya ku amat lemah…dakapilah aku dengan kasihMu..peluklah daku dengan cintaMu…

Ku ingin singkirkan dosa ini…tolonglah hamba…jika kesilapan dengan insan tidak 
terampun,,sesungguhnya ku takut Kau akan singkirkan taubatku denganMu…kerana terhijab  dosa dengan sang manusia…

Diri cuba bermuhasabah…ku lakukan jua kesilapan tersebut meskipun hati tidak menginginkannya…kenapa??persoalan itu muncul kembali…

Akhirnya ku temui jawapannya…kerana sesungguhnya ku cuma hamba-Nya yang doif dan lemah…punya banyak kekurangan dan kelemahan….

Dia menakdirkan jua ku membuat dosa tersebut semata ingin membuktikan bahawa diri ini lemah...ya..teramat lemah…

Mana mungkin manusia bisa merasa dirinya baik dan sempurna tanpa cacat dan cela sedangkan cuma DIA yang selayaknya…?Hanya DIA yang Maha Sempurna…

Namun…DIA jua tidak zalim..menuliskan takdir sedemikian rupa tetapi semuanya punya hikmah belaka…

Sesungguhnya DIA sentiasa ingin mendengar rintihan hamba-hambaNya…rintihan untuk kembali kepadaNya…meminta dan merayu hanya padaNya…

Ku terus didik hati…memenuhkan semula bateri iman yang kian susut…mujurlah DIA masih sudi memegang hati ini…dan moga lebih sudi untuk memaafkan diri…perlahan zikir dialunkan…hati yang rawan menjadi sedikit tenang…

Kini hati akur, alah dan pasrah….ku yakini semua yang terjadi tidak mungkin sia-sia…pastinya punya pengajaran dan hikmah…

Ya Allah…ku tiada bukti lagi Wahai Tuhan…tiada bukti dan janji lagi untuk ku berikan padanya…cukuplah Engkau yang menjadi saksi segalanya…

Saksikanlah malam ini ku merayu hanya padaMu…biarpun diri masih dibelit dosa tetapi masih ingin meminta…

Khabarkanlah padanya Tuhan…bahawa ku amat menyayangi dirinya keranaMu…bersaksikan namaMu Ya Allah…Ku ingin ikhlaskan semuanya….ku ingin tuluskan segalanya…

Sesungguhnya tiada yang ku harapkn dari ukhuwwah ini, kecuali cuma REDHA-MU Ya Rabb….peganglah hati kami agar semakin teguh, meskipun tika ini langkah kaki terasa tidak kukuh…hati merasa sangat rapuh…

Ubatilah hatinya yang kecewa itu ya Allah...tidak termampu untuk hamba mengubati kecuali dengan sifatMu yang Maha Pengasih dan Penyayang...

Akhir bicara ku alunkan doa robitah..sesungguhnya doa itu adalah senjata…dan ku tidak ingin sesekali berputus asa terhadap rahmatNya…

Ku meyakini..DIA ingin menguji rasa keikhlasan diri..meskipun rasa ikhlas itu telah tercalar dengan goresan badai yang melanda…

Tetapi biarlah ku ingin menjahitnya kembali…ingin memulakan semuanya sekali lagi…ingin menjalin ukhuwwah ini dengan sulaman kasihMu Ilahi..

Bisikku pada yang Satu...Tuhan…Izinkan ku duduk bersama-samanya di bawah arasyMu kelak…mengikat kasih yang tidak kan pudar di Jannatul Firdausi… maafkanlah…untuk segalanya…

Ketahuilah…cuma redhaMu ku damba Ya Rabb…Cuma redhaMu….

~Salam sayang penuh ketulusan buatmu teman...~


p/s:“ Pada hari itu sahabat-sahabat karib : Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persaudaraannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” 

reade more... Résuméabuiyad