Pages

Showing posts with label Pemilik Hati. Show all posts
Showing posts with label Pemilik Hati. Show all posts

DIARI HIKMATUL: “HATI ITU…”




Hati…
Sekeping hati itu
Punya pelbagai rasa
Kadang-kala ia tetap,
Dan selalu pula ia berubah tempat


Hati itu
Anugerah terindah
Tetapi harus sentiasa mujahadah
Sebab ia selalu berubah
Tanya sama hati
Kenapa selalu goyah?
Nanti jawab hati
Kerana dikau selalu melupai ALLAH


Hati itu
Akan bisa sirna
Kelam, kabus dan kian suram
Tanpa siraman zikrullah
Tanpa sinaran ibadah
Tanpa isian tarbiyah
Tiada lagi usrah dan halaqah
Ternyata diri semakin jauh dengan ALLAH…

Oh, sungguh kasihan hati!


Duhai hati yang resah
Duhai hati yang gelisah
Duhai hati yang gundah
Bertenanglah, damailah
Dalam siraman nur iman
Dengan kembali semula kepada Tuhan

Wahai diri
Teruslah perbaiki hati tanpa jemu
Teruslah islahkan hati tanpa lesu
Kerana di hati itu tempatnya iman
Kerana di hati itu tumbuhnya keyakinan
Yang mengingatkan tentang janji Ar-Rahman
Yang menyedarkan diri cuma hamba Tuhan
Dan suatu hari akan pulang…
Sungguh,,
Ingin pulang dengan hati yang tenang…



"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al-Balad: 27-30)





Tuhanku…

Redhailah,

Ampunilah,

Kasihanilah diri ini

Yang sentiasa menzalimi diri sendiri … :’(




p/s: “ALLAHURABBI…sungguh sukar memegang sekeping hati…kemudian tersedar, bukan kita yang memegangnya, tetapi DIA-lah yang memegang hati. Kita cuma mampu berusaha dan bermujahadah, tetapi sentiasa lupa pemilik tetapnya ALLAH. Ya Tuhan, peganglah hati-hati kami, jangan mudah goyah dan rapuh… semoga hati sentiasa tetap teguh di atas jalanMu…hingga akhir nafas ini…amin”







~Cuma ingin redhaMu~

(Coretan rasa)

: hikmatul islam
: 12122011
: 01.30 am
reade more... Résuméabuiyad

Cerpen: “Izinkan Cuma Engkau yang bertakhta di hati”




                                **************************************


Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.

Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati.

Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis.

Hati sebak. Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat.

Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah.

Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut.

Diragut oleh siapa.? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan.?

Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati.??

Memang tak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tapi berkali-kali ku ingatkan pada diri,, kasih sayang itu tidak abadi.!

‘Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi.!’

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.

Namun kini,, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati.

Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati.

Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.

Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.


“Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati.?? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu.?? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina.??”


Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak.! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

“Astaghfirullahalazim….Ighfirli Robbi…Ighfirli….”

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.

Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak. 

“Ya Rabbi..pegang hati ini…dakaplah ia seerat-eratnya…jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu…ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu… ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu… ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu… ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan… jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan…

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah  jiwa ini setulusnya di jalanMu…pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam…jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi…

Tuhan…Izinkanlah.! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini…”

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap,, semoga Dia menerima segala-galanya…


                           *******************************************

~Sekian~

p/s: "Berikan hatimu sepenuhnya kepada pemilik utama, Sang Agung yang Maha Esa..Pasti dirimu kan ditemukan dengan pemilik yg terbaik dari-Nya jua.!" =)


reade more... Résuméabuiyad