Pages

LANGKAH TERCIPTA: SYUKUR KEPADA YANG ESA


~Ahlan Wasahlan Ila ‘Baiti Hikmatul Islam’!=)


           Alhamdulillah, segala puji dan puja saya panjatkan kepada Tuhan yg Maha Pemurah dan Penyayang, kerana dengan sifat-sifatNya yang Maha Agung itu Dia mempermudahkan jua untuk saya melancarkan blog yang telah lama diimpi-impikan akhirnya hari ini ia menjadi kenyataan. 

      Untuk menghasilkan sesebuah blog, saya akui ianya bukan suatu perkara yang mudah. Jika bukan kerana baiknya hati seorang abang, tentu saya tidak dapat menulis dan menyebarkan dakwah seperti apa yang saya rancangkan.

     Masakan tidak, saya tidak reti sedikitpun cara-cara nak mencipta blog, design dan templatenya yang sememangnya rumit bagi saya yang jahil tentang ilmu IT ne. Apa yang saya tahu, saya hendak menulis, berkongsi dan menyampaikan ilmu yang saya pelajari, khususnya ilmu Usuluddin. 

      Mungkin orang lain telah lama terkedepan dalam menulis blog dan pastinya jauh lebih hebat penulisannya.  Walaupun masih cetek ilmu di dada ini tetapi biarlah saya memulakan langkah pertama meskipun baru bertatih untuk menulis dalam laman blog. Harapan saya semoga tulisan yang lahir dari hati ini akan bisa tembus ke hati juga, dalam sama-sama seruan itu mengembalikan kita semua kepada Sang Khalik.

      Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan buat  ABANG DEE (abang kandung) tersayang, yang telah bersusah payah mencipta blog ini untuk saya. Semoga dia juga memperolehi pahala yang sama dengan seruan dakwah yg akan saya kongsi bersama-sama dengan para pembaca.

     Mudah-mudahan, amin. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen, kritikan, cadangan mahupun pandangan tentang laman ini, semoga akan dapat diperbaiki kepada yang lebih baik pada masa akan datang. Syukran Jazilan.!


 ~Carilah Hikmah Dalam Setiap Ketentuan Tuhan, Agar Timbul Rasa Kesyukuran Dan Keinsafan~


       

No comments:

Post a Comment