Pages

Puisi: "AKU YANG BERNAMA DUNIA"







~  AKU YANG BERNAMA DUNIA  ~ 


Dunia hari ini
Peperangan semakin hebat tercipta
Pertumpahan darah di mana-mana
Kezaliman dan penindasan berleluasa
Bencana semakin menimpa-nimpa
Musibah kian melanda manusia
Terlalu banyak peringatan demi peringatan
Yang diturunkan oleh Pencipta Alam


Tetapi sayangnya!
Manusia tetap alpa
Manusia tetap lupa
Manusia tetap leka
Sedikit sahaja yang mengambil iktibar
Dan pengajaran dariku
Yang bernama DUNIA…


Betapa butanya manusia,
Kerana masih sangat mencintai aku
Masih ghairah digamit oleh hawa nafsu
Masih sedap berangan-angan
Masih seronok dgn hiburan
Masih asyik dgn senda gurauan
Merasa hidup di atasku selamanya
Padahal firman-Nya mengingatkan
‘Apakah kamu tidak berfikir?’


Jikalau dunia mampu berkata
Ingin sahaja dunia menjerit
Aku adalah fana!
Aku cuma sementara
Aku tidak lama
Jangan dikejari daku
Kerana aku yang bernama dunia
Kan hancur, musnah dan punah
Tiada yang tertinggal
Tiada lagi yang tersisa
Apabila tiba waktu dan saatnya
Aku kan binasa jua…


Duhai saudaraku,
Letaklah dunia ini di mana?
Di hati atau di tanganmu?
Jangan diikat hatimu dgn dunia
kerana kamu akan menjadi rugi dan hina
Tetapi letaklah dunia di tanganmu
Kerana ia cuma persinggahan
Bagi kita musafir yang sedang berjalan
Menjalankan tugas sebagai khalifah Tuhan
Ia cuma ladang tuk menanam amal kebajikan
Demi merebut redha dan maghfirah Ilahi
Dan menuai hasil di akhirat nanti
Kerana di situlah tempat abadi
Bukan di sini,
Bukan aku yang bernama DUNIA...!




   

No comments:

Post a Comment