“Tepat jam 12, deringan ringtone mesej bertalu-talu mengetuk inbox handphone..Ucapan salam dan untaian doa yang diucapkan oleh kakak angkat, sahabat handai dan adik-adik tersayang membuatkan hati Hikmatul merasa sangat terharu... Ya Allah, betapa mereka tulus mendoakan untuk kebahagiaan diri, maka wahai malaikat jadilah saksi di hadapan Ilahi semoga mereka juga mendapat sama dengan apa yang didoakan untuk diriku ini...”
Hikmatul menatap kalendar yang tergantung di dinding biliknya. 4 JamadilAwal, hari Jumaat. Moga hari penghulu segala hari membawa lebih berkah dan rahmah.. Suatu tarikh yang perlu Hikmatul lebih memuhasabahkan diri… Hari ini, usianya genap 22 tahun. Subhanallah! SUDAH 22 TAHUN, usia semakin melewati masa...Namun diri masih lagi lalai dan leka…Usia semakin bertambah, bermakna diri juga semakin dekat dengan detik kematian…
Terbayang wajah seorang adik housemate…Tarikh lahir 8 April Hikmatul dengannya, serupa...yang beza Hikmatul lebih tua setahun darinya… Pernah suatu ketika dahulu mereka tinggal bersama.. Mengukir kenangan terindah meskipun sekejap cuma… Masih teringat celoteh dan gelak tawanya yang manja.. Suaranya begitu halus dan lembut jika berbicara...Mereka berkongsi pelbagai pendapat dan cerita…Meluahkan segala rasa di jiwa…Semuanya masih segar dalam kotak ingatan…Terasa baru semalam dia berada bersama…
Namun tidak disedari sudah hampir setengah tahun berlalu… dia pergi meninggalkan kami untuk selamanya…Pergi,,tidak akan pernah kembali lagi…sudah suratan yang tertulis di azali dalam usia menjangkau 20 tahun, dia pergi menghadap Ilahi…pemergiannya begitu merentap jiwa kami, tidak tersangka-sangka Allah telah menjemputnya kembali semula ke sisi…
Semalam malam Jumaat, perlahan surah Yassin dan tahlil disedekahkan kepada arwah… mendoakan kesejahteraan rohnya, semoga ditempatkan bersama para siddiqin dan muttaqin, sepertimana akhlak dan peribadi solehah yang arwah miliki…Deraian air mata tidak mampu dibendung…mengenangkan arwah pergi terlebih dahulu…mungkin diri akan menyusul pula tidak lama lagi..
Ya, sudah tidak lama…! Tempoh masa yang ada menjadi pinjaman cuma.. Janji untuk menghadap-NYA kembali suatu hari nanti mesti dipenuhi samada rela mahupun terpaksa… kerana menyedari status diri hanyalah seorang HAMBA… Hamba hina lagi banyak khilaf dan dosa… Andai kata diri dijemput saat ini,, apakah Engkau sedia menerima kedatangan hambaMu ini dengan rasa redha.??
“Ya Allah… di keheningan malam ini hamba menyungkur sujud… memohon ampunan dan rahmat…Ampuni hamba kerana seringkali memungkiri janji untuk istiqamah bangun menghadapMu.. betapa lalainya hamba..betapa sibuknya hamba dengan urusan dunia..sehingga masa untuk bersama denganMu terpinggir begitu sahaja…Maafkan hamba di atas dosa-dosa yang tidak nampak di mata, tidak terzahir di hati, tidak berbekas di jiwa…moga ia tidak menghijabkan hamba denganMu Ilahi…”
“Ya Rabbi..!Ku menyungkur sujud syukur..kerana sehingga hari ini masih diberi helaan bernafas dalam nafas iman..masih lagi berada dalam petunjuk dan hidayahMu Tuhan…Jika bukan kerana belas Rahmat dan KasihMu terhadap diri ini,, tidak akan ku jadi seperti daku kini..tidak akan ku berpijak di tempat ku berada hari ini… dan tidak mungkin akan berada di atas jalan perjuangan ini…”
“Ya Hannan, moga dengan umur yang masih lagi ingin Kau pinjamkan untuk diri ini…jadikan usiaku umur yang bermanfaat, rasa sabar dan syukur dengan segala musibah dan nikmat… ku ingin korbankan seluruh jiwa dan ragaku setulusnya hanya untukMu..hanya untuk kasihMu...hanya untuk meraih redhaMu…kerana ku ingin bertemu denganMu dengan senyuman terukir di bibirku…dan Engkau senang untuk bertemu dengan diriku…”
“Ya Mannan…meski hati kadang-kadang goyah…meski langkah kadang-kadang rapuh…meski jiwa kadang-kadang lemah…dalam meneruskan perjuangan di atas jalanMu ya Allah…Namun kerana kasih sayangMu melebihi dari segalanya, maka peganglah jiwaku ibarat seorang ayah memegang erat tangan anaknya…jangan sesekali dilepaskan… thabatkan dan tetapkan hatiku hanya untukMu Tuhan…”
“Ya Rahman…Ku ingin mencintaimu..setulusnya, sebenar-benar aku cinta…dalam doa…dalam ucapan…dalam tiap langkah hidupku…ku ingin cintaMu yang pertama bertakhta di hati,,bukan cinta manusia mahupun cinta duniawi…Jadikan ‘pemilik cinta’ku setelah Engkau dan Nabi, adalah ‘insan’ yang juga mencintaiMu sepenuh hati…agar dia dapat memimpin daku untuk lebih mengenal cintaMu,,dan memimpin daku ke arah syurgaMu…Andai kata tiada peluang untukku di dunia,, maka temukan daku dengan ‘pemilik’ itu di syurga…Amin Ya Rabb”
Panjang untaian doa dibisikkan pada Sang Pencipta, mengharapkan DIA mengabulkan tiap doa yang dibisikkan tulus dari jiwa…sekian…
(Nukilan rasa: Hikmatul Islam-8/4/2011)
p/s: Buat sahabat2 yang mengenali diri arwah Siti Syahida Bt Zakaria, bekas pelajar Maahad Muhammadi Pasir Mas, student KUIN degree Syariah Tahun 2 yang meninggal dunia pada bln november tahun 2010 kerana penyakit gastric tahap kritikal,, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat…amin!
No comments:
Post a Comment