Pages

~Lakaran Hati~



Senja ini mentari menyinar malu

Ku lihat langit
Terhampar luas kebiruan
Ku renung lagi
sehingga terlakar wajahmu di dada awan…


Ku terkenang kisah suka dan duka kita
Sepanjang mengikat tali persaudaraan
Terlalu banyak cubaan yang datang
Betapa Allah mengatur setiap takdiran
Dengan cukup teratur dan teliti
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi…


Duhai angin,
Sampaikan padanya
agar sabar dan tabah menghadapi hidup
Kerana erti sebenar hidup ini
Dalam erti ‘memberi’ bukan menerima…


Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu
Namun ku sedari
Hujan jua adakalanya akan turun
Dan menghilangkan seri pelangi itu…


Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan
Bila sembunyi tidak menghilang
Ia ada di balik awan
Cuma kadang2 tidak perasan
akan erti sebenar sebuah kehidupan…


Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat
menghadapi gelombang ujian
kerana itulah sebenarya ukuran iman
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang…

~salam ingatan penuh ketulusan buatmu teman tersayang~




p/s:“Ya allah! Jadikan daku dan ukhtiku sama-sama berhimpun bersama para solehin, mujahidin dan para muttaqin.. Izinkan kami duduk di bawah nanugn arasyMu kelak..semoga dengan ikatan kasih ukhwah kami dapat membuatkan kami semakin mengingatkan antara satu sama lain, sama-sama berjuang di atas jalanMu hanya semata menggapai redhaMu Ilahi…Amin”

No comments:

Post a Comment