Assalamualaikum wbr….
Salam seindah senyuman sang suria, salam seindah alunan kalam-Nya, salam sekudus alam yang sentiasa bertasbih memuji Rabb yang Maha Tinggi lagi Maha Terpuji…
Subhanallah.! Sudah hampir sebulan lamanya penulis tidak ‘update’ dan postkan entry dalam blog doif Hikmatul Islam nie...sungguh, hati terasa sangat rindu untuk sentiasa meninta kalam pinjaman dari-Nya, namun apakan daya kekangan masa yang ada dengan amanah yang dipikul untuk menjayakan pelbagai program di kampus membuatkan penulis tidak sempat untuk postkan entry terbaru…
Sememangnya terlalu banyak perkara yang ingin dicerita, dikongsi dan perasaan yang ingin diluahkan bersama para pembaca…Tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan penulis menghadap lama di hadapan laptop, jadi penulis akan berkongsilah setakat yang sempat dicoretkan…
Hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H. Sempena kehadiran bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, penulis ingin berkongsi sebuah bait-bait madah sebuah puisi tentang Ramadhan. Meskipun hanya setakat kata madah biasa, namun semoga ianya dapat direnungi dan dihayati serta dirasai oleh hati-hati yang ingin merasainya…
Akhir kalam, doa penulis mudah-mudahan madrasah Ramadhan kali ini sama-sama kita manfaatkannya dengan sepenuh ketulusan, semoga amal yang dikerjakan penuh dengan keberkatan dan keredhaan dari Ilahi….Amin… Sekian…
~Salam Eidul Mubarak dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam~ (^^,)
“Ramadhan: Jadilah saksi cintaku padaMu”
Sekian lama diulit rindu
Menanti detik mengira waktu
Kekasih yang dulu hilang
Kini kembali pulang
Betapa senangnya ku dendangkan
Kalimah tahmid memuji sang Tuhan…
‘Marhaban ya Ramadhan’
‘Marhaban ya syahrul karim’
‘Marhaban ya rahmah wa maghfirah’
Salam rahmat bagi sekalian alam
Salam kemuliaan dari para malaikat
Salam rahmat bagi seluruh ummat
Tanda kebesaran Tuhan yang Maha Hebat
Ramadhan,
Padamu ingin ku cari keredhaan
Padamu ingin ku temui ketenangan
Padamu ingin ku selongkar rahsia kesabaran
Padamu ingin ku ukirkan amal setulus keikhlasan
Sungguh,
Padamu terlalu banyak hikmah kebaikan…
Buatmu kalian para pencari Tuhan,
Rebutlah cintaNya dalam madrasah tarbiyah Ramadhan
Gapailah nikmatnya dalam didikan hawa nafsu
Temuilah bukti kasihNya dalam amal kebajikan
Rebutlah suatu malam yang penuh dengan keagungan
Yang jarang sekali manusia merebut Lailatul Qadr
Sukar, namun tidak mustahil kan bertemu
Jika hati dipasakkan dengan penuh pengharapan…
Ramadhan,
Ku menyambut kedatanganmu sepenuh jiwaku
Maka,
Jadilah saksi cintaku pada-Nya….
No comments:
Post a Comment