Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan menyebut nama Agung-Mu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
~Subhanallah…Walhamdulillah…Allahuakbar…~
Di malam sunyi..
Ku termangu sendiri
Jam hampir menunjukkan 2.30 pagiDiri masih menyepi
Sebenarnya diri sedang menghitung-hitung
Bukan menghitung tarikh yang kian beranjak,
bukan juga mengira hari raya yang semakin dekat,
tetapi sebenarnya sedang menghitung amal yang telah diperbuat…
2 malam berbaki…
Tidak lama lagi Ramadhan akan berlalu pergiDiri mengira lagi
Amal apakah yang telah terisi sepanjang 30 hari ini??
Masya Allah…
Tidak mampu untuk dihitung lagiKerana ternyata sedikit sekali beribadah kpd-Nya…
tiba-tiba diri dilanda esak dan haru
Pilu dan sebak melanda kamar hati
Air mata mengalir di pipi…
Biarlah tangis ini kerana tangisan sebuah penyesalan
Terasa menyesal kerana masih banyak ibadah yang tidak dilakukan
Terasa sangat rugi kerana terlepas banyak ruang dan peluang
Sedangkan Ramdhan akan berangkat pulang
Namun daku masih teraba-raba di penghujung jalan…
Ya Tuhan,
Ternyata jiwa ini masih jauh dari-MuTernyata jiwa ini masih jauh untuk menggapai cintaMu
Ternyata jiwa ini masih belum berjaya mendakap kasih-Mu
Sedang Dikau tersangat dekat
Telah memberi seribu macam nikmat
Di sebalik kunjungan Ramadhan yang terselit seribu hikmat…
Allahurabbi…
Sungguh,Tidak dinafikan
Terkadang
Jiwa terasa lelah
Hati terasa ingin mengalah
mengeluh kerana penat dan letih
sepanjang mengerjakan pelbagai program di bulan mulia ini
ketahanan badan tidak mampu menampung beban
sehingga diri jatuh sakit
Kekadang hati juga merungut
Tidak ingin lagi memikul amanah dan tanggungjawab
Tidak ingin lagi memegang apa jua jawatan
Namun,,,
Kemudian diri kembali tersedar..
Astaghfirullahalazim..!
Sebenarnya DIA sedang mentarbiyah diri..Bila ku renung dan amati kembali
Biar diri lelah dalam mengerjakan kebajikan
jangan ia terisi dengan kelekaan keduniaan
Ujian dan dugaan sepanjang bulan Ramadhan
ingin mengajar erti sebuah pengorbanan
Dan maksud sebenar sebuah keikhlasan dan kesabaran…
Doaku,
Ya Allah..Meskipun ia cuma sumbangan yang sedikit
Tapi itulah sumbangan yang termampu diberikan buat ummat
Moga ia dihitung menjadi amal yang tulus di sisi-Mu
Jauhkanlah ia dari menjadi yang sia-sia..
Maafkanlah hamba yang tersangat lemah dan hina
Yang seringkali melakukan kekhilafan dan dosa…
Sesungguhnya Tuhan,
Dengarilah rintihan hati ini…Tiada yang kuharapkan kecuali REDHA-Mu Ilahi
Moga
Mahar cinta-Mu di
Amin ya Rabb…
"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan,dan dia beriman, maka usahanya tidak akan disia-siakan, dan sungguh Kami-lah yang mencatat untuknya."(Al Anbiya 21:94)
~Coretan rasa hati di penghujung madrasah Ramadhan…~
(28 Ramadhan 1432H)
No comments:
Post a Comment