Pages

Malam-malam Terakhir





Mereka,
Sibuk-sibuk semuanya.
Sibuk dengan apa?
Ku juga tidak pasti.
Mungkin sibuk berdebat bilakah sang malam yang bernama lailatul qadar itu akan ke mari?
Sibuk berdebat pendapat manakah yang paling benar?
Hingga terabai mereka erti khusyuk itu.
Tidak kurang juga, yang masih sibuk dengan urusan duniawi.
Tidak ambil peduli apakah keistimewaan lailatul qadar ini.

Geleng sendiri.


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr. Adakah kamu mengetahui apakah malam Laitul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik berbanding seribu bulan. Turunnya malaikat dan juga Jibril padanya dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala urusan. Sejahteralah padanya (malam Lailatul Qadr) sehingga terbitnya fajar.” 
(Surah al-Qadr 1-5).






*10 ramadhan terakhir*

Ku dongak langit, terang.
Ah, seterang itukah imanku?
Pandang pula sisi hati.
Sirna, kelam.
Berdebu dengan gumpalan-gumpalan dosa.
Menyesakkan nafas dalam desah.

Allah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya pada hari-harimu, Rabbmu mempunyai banyak kurnia. Hendaklah kamu berusaha mendapatkannya. Hendaklah kamu berusaha mendapatkannya. Mudah-mudahan seseorang di antara kali tidak sengsara setelah mendapatkan kurnia tersebut.” 
( Hadis riwayat Imam Tabrani)



Malam-malam terakhir ini.
Menangisi Ramadhan yang bakal pulang.
Apakah ku masih berpeluang bertemu denganmu tahun hadapan?

Lailatul qadar,
sudikah untuk kau singgah?
Meski cuma melintas.
Kerana terlalu ku butuh,
Pengampunan Tuhanku...


Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan maka diampunkan segala dosanya yang lampau.” (Direkodkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya).





: hikmatul islam
: 21 ramadhan 1434H
: 0230 am

No comments:

Post a Comment