Pages

Cinta: Tidak akan pernah berhenti





Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagiMu Ilahi.
Segala kesempurnaan milikMu Tuhan.
Segala kekurangan itu adalah milikku selalu.

Allahurabbi.
Dah sebulan laman ini terbiar lagi.
Sebenarnya saya nak update sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, tapi atas takdir-Nya laptop saya masuk ‘ICU’.
Tulisan yang tertinta tersimpan di dokumen. 

Redha.

Hampir 2 minggu berada di sini. Universiti Malaya.
Berkenalan dengannya, perlu mengambil masa.
Melangkah kaki ke sini, saya bermula dengan zero semula.
"Master of Usuluddin, pengkhususan Al-Quran & Al-Hadis".
Ia bukan untuk dibangga. 
Dan tiada apa pun untuk dibanggakan dengan title tersebut.
Malah, amanah untuk ummah semakin memberat.
Sedari, banyak lagi kelompangan ilmu yang harus diisi dalam diri.
Nak memberi, harus terlebih dahulu mengisi.
A'la kulli hal, terima kasih ya Allah kerana memilihku di sini.
Terima kasih kerana memilihku untuk terus berjuang di medan ini.
Syukuri.

Haza min fadhli Rabbi.




Bergelar tolib,orang yang ingin terus menuntut ilmu agamaNya dengan lebih mendalam membuatkan saya harus lebih tabah.
Dugaan demi dugaan datang menyinggah.
Semuanya mencabar iman.
‘Testing iman’.
Moga paras iman masih lagi stabil. Insha allah. Semoga dapat istiqamah.
Istiqamah dari semua sudut. 
Hati lebih-lebih lagi. 
Mahu sentiasa DIA yang utama memiliki hati ini.
Hanya Allah, Only One Love.

Hajat doa kalian. 





Langkah kaki ini. Harus terus.
Sekali melangkah, tidak akan berundur lagi.
Badai dan dugaan yang datang menyapa, ku terima seadanya.
Dengan deraian air mata.
Dengan penuh rasa cinta padaNya.
Pohon kekuatan demi kekuatan pada yang Maha Esa.
Harus sentiasa bersyukur dalam dugaan yang diberikanNya.


Hati, bertenanglah.
Meski sendirian, tapi tak keseorangan.
Ada DIA selalu yang menjadi teman dan memberi pertolongan.
Berfikir.
Selalu doa minta kemudahan.
Tetapi kenapa semakin dipersulitkan?


Tarik nafas penjang-panjang.
Allah.
Baru kini mengerti.
Harus utama pinta segunung kesabaran dan ketabahan, berbanding dengan sekecil makna kemudahan.
Perlu lebih hayati makna redha dan tawakkal.
Senyum dalam tangisan.
Terharu untuk semua aturan takdirNya.
Tuhan, luruskan niatku selalu.
Agar sentiasa terpadu kepadaMu. 


Cinta. Tidak akan pernah terhenti. 
Untuk mencintaiMu Ilahi. 
Sesungguh hati, akan terus ku mencari kasihMu yang abadi.
Moga kembara ilmuku ini, Engkau rahmati...




“Betapa hidup ini, Allah mengaturnya dengan cukup cantik. Tiada yang cacat.
Semuanya mengikut kebijaksanaanNya yang Maha Menyusun dengan terbaik.
Kita sebagai hambaNya harus sentiasa redha dan berusaha sebaik mungkin.
Selebihnya, serahkan segalanya pada DIA.
Pasti, akan ada bahagia setelah melalui semua saat-saat duka.”


*kembara ilmu selama 2 tahun ini ada misi besar untukku capai. 
Semoga tercapai. Untuk islahkan diri dan juga ummah. Insha Allah.!





: hikmatul islam
: 16092013
: 0200pm


No comments:

Post a Comment